05 July 2009

Ecil dengan Vava Dah Makin Lawa!

Assalamualaikum...

Yeah².Aku Happy ssssseeeesangat!
Tertunai jgak hajat aku kali ni.
Lama aku mengumpul duit,semata-mata nak mencantikkan 2 Anak kesayangan aku nih!
Aku xpnah letak lagi dorang ni kat dalam blog aku ni.
Skali aku kata nak letak dalam blog,gigih pose mcm².
Jom kita cerita ttg dorng.
kisah ecil

Kancil ni aku kasik nama ecil.Dia ni aku ambik cash masa birthday aku tahun lepas.
Second hand sajo!
Dari sape,xpayah lah mention k.Tapi masa tu,aku xde lesen lagi,tapi blaja sikit² lah handling.
Mak aku pun byk guna ecil ni.Senang nak menyelit mane² katanya!
Tapi,yang aku suka ttg ecil adalah.......
Dia auto!hahahaha.Mana ko nak carik kancik auto?!
Dia ni byak gak kene kutuk,tapi buat dia tutup telinga,buat pekak je.
Sayang punya sayang,sampi aku x sanggup nak jual sebenarnya.
Pernah bulan mei,aku nak jual.tapi,at least yang aku boleh dapat pun 3k lebeh.
Dah lah sikit,dia boleh pegi maki² kete aku nih!
Aku jumpa ko lagi,aku BOMOH ko!
Jadi,x sanggup lah aku.Baik aku bg adik aku.
Tapi oleh kerana kegawatan ongkos yang melanda negara kita ini,aku dah buat keputusan nak jual jgak.Adik aku pun lama lagi nak buat lesen.
Jadik,mak aku pun memberi idea supaya mencantikan ecil sikit,bg dia nampak valuable sikit.Kata mak aku lah.
So,jumaat lepas,aku pun make-up lah ecil.
Antara perubahan nya....
tarAAA!Ecil dapat steering baru!!!
Tukar cover seat dia.Dia kata mcm tukar baju baru.Hahaha.
Tu jelah yang aku mampu nak bagi kat dia.Harap tingi sikit Value dia.Hahaha.
Tapi,next,aku cadang nak tukar rim dengan cat.tgok lah nanti k.Sayang ecil!
hahahahah.

Kisah VaVa


Viva aku ni plak aku kasik nama Vava.Bru jgak lah,Januari lepas.
Loan k.D/p?adalah sikit.Haha.
Seb baik lepas dgn Bank.
Nak jgak merasa kete dalam plastik kan.Haha.
Jgn lah salahkan aku sbb amek kaler putih,aku ada sebb.Hahha
Hari tu aku nampak viva kaler biru cair(mcm kaler myvi biasa yang baru tu).
lawa gila vavi!Sebijik mcm Jazz.So,aku pkir,aku amik putih dulu sebb kaler dia solid,then senang lah nk tukar kaler nnt.klu amek metalic,sah² la aku bodo.
Byk sangat kenangan dgn dia ni.Antaranya kene kejar perompak kat jalan kelang lama,
dengan pistol Ye.Hahah
Dan byk lagi.Yang paling berdarah adalah kenangn ngan dia.Hurm.
Jumaat lepas Vava pun aku make-upkan jgak.
Yelah,tinted kan je.
Jom,tgok Vava beraksi plak.
Tisu abis.HAhaha
Dah 18ribu kilometer!
Jangan riso.Polis Nak Tahan Vava?Berani mati dia Tahan Ratu Puchong!
Auto jgak!kenapa?Ada masalah?huurrm.Bulu² aper tu?
Sexy ke?Hahaaha.
Spongebob dan Kym.
First accident!Langar curb.Sorry sayang.Hurm
Ecil Kakak,vava Adik.Boleh?Hahha.
Merepek?Pegi la MAMPOS!

Hah!Klu ada sape² berminat kat ecil tu,coment² lah k.
Huhu.Da!

26 June 2009

Pergi

Matahari,Terlihatlah yang terindah,
Sinari pelagi cinta kita,
Miliki cinta,Punyai bahagia,
Tercipta hanya kita berdua.


Berlalu kini matahari,
Bersinar suram,sunyi diratapi,
Hanya aku disudut sepi,
Meninggalkan aku
demi cintamu
Bahagiamu,kan ku redhai.


Aku Harus Pergi,
Hati harus merelai,
Dan,
Jangan pernah menangisi,
Lepaskan Janjimu,Lupakan Sumpahmu,
Dan,
Tinggalkan aku disini.


Kini,
Aku Berlalu,
Kini,
Melupakanmu,
Kini melawankan kesepianku,


Maafkan aku....
Kini Berhenti Mengharapkanmu.

02 June 2009

Aku Benci,Aku Cinta.


Beratnya hati nak post utk kali ini.Dan mungkin ini post yang terakhir.Malas dah nak pikir².
syaz dah xlarat,luka kat hati ni belom kan berakhir lagi.

Gambar kat atas ni diambil pada sabtu lepas 30 mei,Hari kejadian!
Dia nak Berangkat ke kota kinabalu kerana family dia suruh balik sebab skrg kan tgah cuti,
Xde org nak hantar,xkan nak bg dia naik teksi.

30 mei ini jugak lah terjadinya sekali lagi aku dilukai!
Cinta menkhianati syaz sekali lagi ketika syaz sudah pun berjaya mengubat luka terdahulu.
Alasan nya biarlah berlegar² di fikiran syaz je.
Mungkin Salah syaz jugak,terlalu busy dengan kerja part time skrg ni dan kwn².
AAAARRRGGGGHHH!
Klu je syaz boleh putarkan sahaja masa tuh.
syaz sygkan dia sgt².
Tapi dia Faham ke perasaan syaz.
Dia ingat ke kat syaz.
Andai dia tahu,syaz sentiasa nak dia sentiasa kat sisi syaz.
hurm.


Hurm,sakitnya hati ni sorng pun xkan faham.
Apa yang syaz buat,syaz sentiasa ingt kat dia.
tambah² pulak syaz syaz tengah sakit sekrang nid,dah 3 hari demam.
JIWANG NYER!


Air mata terakhir untuk mu.Tapi masih ku harap kau kan kembali.
Hurm

29 May 2009

Cara-cara Nak cover Malu


1. kalau tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknya anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai.. lepas itu baru bangun bila xda orang nampak


2. kalau terjatuh basikal: Cepat-cepat naik basikal anda semula dan terjatuh la lagi sehingga berkali2 supaya orang ingat anda saja2 buat lawak.


3. kalau tejatuh tangga: Terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus.


4. kalau terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah2 dengan suara yang kuat , pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan.


5. kalau jatuh ketika naik bus: Jeritlah kuat2.."oi!!..apa tolak2 ni??" walaupun tiada orang di belakang anda.


6. kalau terjatuh di depan bus stop: Terus buat2 pengsan sehingga ade orang membantu anda..kalau xde..baring terus sampai malam dan xde orang lagi kat bus stop tu.haa..ni la masa yang sesuai untunk bangun semula


7. kalau terjatuh tergelincir kat lantai licin: Tarik la kawan (atau sesiapa yang aede kat sebelah anda) untuk jatuh bersama2 supaya tak la anda sorng je yang dapat malu..ye tak??haha.

Turun-turun kan petua orang-orang tua ni ye puan-puan.
Mencedok dari blog:
epitxoxo.blogspot.com

22 May 2009

Zamry Sah MB Perak!



SLIM RIVER 22 Mei - Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir bersyukur dengan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah.

"Seperti saya selalu sebutkan, sesungguhnya kebenaran akan datang dan kebatilan akan terbenam juga," katanya semasa berucap merasmikan mesyuarat serentak cawangan-cawangan UMNO Bahagian Tanjung Malim di sini hari ini. - Utusan

Mahkamah Rayuan hari ini mengumumkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah.

Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Panel tiga hakim itu - yang telah mendengar hujah kedua-dua pihak di Putrajaya seharian semalam - sebulat suara menerima rayuan Zambry.

Dalam penghakimannya, ketiga-tiga mereka berhujah bahawa hakim mahkamah tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya dan Sultan Perak layak melantik Zambry apabila Mohamad Nizar hilang majoriti dalam DUN.


Panel tiga hakim yang mendengar rayuan tersebut ialah Datuk Md Raus Sharif, Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop.

Nizar diwakili oleh sepasukan lapan peguam yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah, manakala peguam Cecil Abraham mewakili Zambry.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail - sebagai pencelah - turut hadir. Manakala peguam Mohd Hafarizam Harun, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan M Reza Hassan menjadi pemerhati bagi pihak BN.

Pada 11 Mei lalu, mahkamah tinggi mengumumkan Mohamad Nizar sebagai menteri besar sah setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.


Abdul Aziz memutuskan bahawa wakil rakyat PAS itu tidak pernah mengosongkan jawatannya itu kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN Perak.

Dalam kes ini, Abdul Aziz berkata tiada undi tidak percaya telah diusulkan terhadap Mohamad Nizar.

Tetapi kegembiraan menteri besar Pakatan Rakyat itu tidak kekal apabila Mahkamah Rayuan keesokannya membenarkan permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan mahkamah tersebut.


Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan berhubung perkara tersebut hari ini.


Sementara itu, Sulaiman memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.



Chin Peng Kembali!

KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak menentang sekeras-kerasnya saranan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan supaya kerajaan membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng kembali semula negara ini. -MSTAR-


Sudah lama rakyat Malaysia lupa akan wujudnya seorang lelaki yang bernama CHIN PENG.Malah tidak di nafikan, ada juga dikalangan mereka yang tidak pernah kenal sekalipun insan ini terutamanya golongan-golongan remaja kita.Walaupun insan yang masih hidup ini telah sekali pernah
MEROBEK SEJARAH
Malaysia pada suatu ketika itu. Mari kita menyoroti serba sedikit tentang Chin Peng yang kejam ini. Pada tahun 1940, beliau diterima untuk menyertai Parti Komunis Malaya iaitu satu cabang Parti Komunis China di seberang laut. Dia turut menyertai Force 136, satu pasukan bersenjata yang ditubuhkan oleh perisik British bagi menentang Jepun di Tanah Melayu. Ketika itu umurnya baru sahaja 18 tahun

Ketika berumur 23 tahun, Chin Peng dilantik sebagai Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya menggantikan Lai Tek yang telah dibunuhnya di Thailand. Lai Tek adalah perisik tiga mata yang telah belot dan melarikan wang Parti Komunis Malaya .

Di bawah pimpinannya Parti Komunis Malaya semakin agresif dan militan dengan menyerang ladang-ladang, gudang getah, rumah asap dan rumah pengurus milik orang British di Tanah Melayu. Lantaran itu ahli PKM semakin menyanjung keberanian dan wawasan Chin Peng.


Ketika darurat, British dengan kerjasama golongan Melayu elit dengan melancarkan perang saraf iaitu propaganda melalui media massa untuk mempengaruhi fikiran orang-orang Melayu supaya mereka yakin bahawa Parti Komunis Malaya itu kejam dan tidak sesuai diikuti.

Pengalaman orang-orang Melayu selepas Perang Dunia II dan taktik komunis yang membunuh beratus-ratus rakyat yang tidak berdosa menyebabkan kebanyakannya orang Melayu menolak cara ganas komunis. Perjuangan bangsa Melayu untuk mendapatkan kemerdekaan tanpa pertumpahan darah tidak disenangi komunis yang inginkan kuasa politik jatuh ke tangan mereka dengan cara menggunakan keganasan dan menanam rasa takut kepada rakyat amnya.

Perjuangan komunis tidak boleh dianggap sebagai perjuangan untuk kemerdekaan kerana mereka hanya berjuang untuk kepentingan PKM dan bukan untuk kemerdekaan Malaya. Ini terbukti apabila mereka tetap meneruskan taktik ganas mereka walaupun selepas Malaysia mencapai kemerdekaan.


Setelah Melihat daripada kaca mata kemanusiaan,syaz sendiri pun rasa Manuasia Bernama Chin Peng ini harus dihapuskan secara terus dimuka bumi ini.Mengikut sejarah,Chin pernah membawa kesnya ke mahkamah Pulau Pinang supaya menerima semula kepulangannya sama seperti rakan seperjuangannya Musa Ahmad dan Shamsiah Fakeh(baru² ini meninggal dunia).Tapi permohonannya ditolak.


Dia yang kini menetap di Thailand,telah sekali lagi memohon untuk kembali ke Malaysia tetapi mahkamah telah memutuskan rayuannya ditolak pada 30 April lepas.

Maka Jangan kita leka akan adanya usaha-usaha seperti ini,bukan kita gentar akan berlakunya sejarah hitam kepada orang-orang melayu,akan tetapi pancaran sejarah kekejaman itu masih belum dapat kita terima akal untuk melihat apatah lagi untuk memaafkan insan-insan yang tidak berperikemanusiaan ini.

Jangan sekali pun,idealogi komunis ini menerjah keruang minda anak-anak muda kita.Apatah lagi Bibit-bibit memperjuangkannya telah wujud dalam parti DAP itu sendiri.
Maka,Orang islam,melayu harus sedar akan perjuangan-perjuangan pihak


PEMBANGKANG!




18 May 2009

GENTING BEST!

Assalamualaikum


17 Mei 2009
Dapat gak syaz menjejak kaki ke GENTING HIGHLAND buat ke-3 kali nyer.
hahaha.Tapi,Like Always,pergi secara mengejut dan tanpa sebarang persediaan.
Tapi ape² pun,Pengalaman kali ni paling BESH!

Sampai kat sana kul 10 pagi.cuaca pun macam segan je nak jemput kiteorg.
nak hujan x hujan,nak panas pun x panas.Tapi,kali ni syaz naik ke genting mengunakan GENTING SKYWAY CABLECAR.Hanya Rm10 ringgit sekepala yang Puan².hehe.
yelah,Kali ini syaz xlah gigih nak layan belok² naik ke genting tu,Lagi pun,saje jerp nak tgok pemandangan.Lawa oOo.

TIKET SKYWAY CABLECAR UNTUK 2 ORANG.
GAYAT LER!
YEAH.DAH SAMPAI.
SEMPAT DISITU YE!heheh.tangan tetap nak peace gak walaupun teangah mengigil.Inilah yang dipanggil GIGIH X BERTEMPAT!wiwiwi

FOYONYER!
CHECK IN KER?NO KOMEN.WIWIWI

NAK MAEN!
LAWANYER.REHATKAN BADAN DULU,HEHE.NANTI BALAS DENDAM CUKUP².
DAH CUKUP?!JOM!HAHAHAH.

Memang Best sangat hari tu.Rasa mcm xnk balik pun ade.
heheh.Tapi,tak lupa syaz nak ucapkan terima kasih kat siDIA yang sudi jadi teman hidup syaz.


SEKIAN