22 May 2009

Chin Peng Kembali!

KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak menentang sekeras-kerasnya saranan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan supaya kerajaan membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng kembali semula negara ini. -MSTAR-


Sudah lama rakyat Malaysia lupa akan wujudnya seorang lelaki yang bernama CHIN PENG.Malah tidak di nafikan, ada juga dikalangan mereka yang tidak pernah kenal sekalipun insan ini terutamanya golongan-golongan remaja kita.Walaupun insan yang masih hidup ini telah sekali pernah
MEROBEK SEJARAH
Malaysia pada suatu ketika itu. Mari kita menyoroti serba sedikit tentang Chin Peng yang kejam ini. Pada tahun 1940, beliau diterima untuk menyertai Parti Komunis Malaya iaitu satu cabang Parti Komunis China di seberang laut. Dia turut menyertai Force 136, satu pasukan bersenjata yang ditubuhkan oleh perisik British bagi menentang Jepun di Tanah Melayu. Ketika itu umurnya baru sahaja 18 tahun

Ketika berumur 23 tahun, Chin Peng dilantik sebagai Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya menggantikan Lai Tek yang telah dibunuhnya di Thailand. Lai Tek adalah perisik tiga mata yang telah belot dan melarikan wang Parti Komunis Malaya .

Di bawah pimpinannya Parti Komunis Malaya semakin agresif dan militan dengan menyerang ladang-ladang, gudang getah, rumah asap dan rumah pengurus milik orang British di Tanah Melayu. Lantaran itu ahli PKM semakin menyanjung keberanian dan wawasan Chin Peng.


Ketika darurat, British dengan kerjasama golongan Melayu elit dengan melancarkan perang saraf iaitu propaganda melalui media massa untuk mempengaruhi fikiran orang-orang Melayu supaya mereka yakin bahawa Parti Komunis Malaya itu kejam dan tidak sesuai diikuti.

Pengalaman orang-orang Melayu selepas Perang Dunia II dan taktik komunis yang membunuh beratus-ratus rakyat yang tidak berdosa menyebabkan kebanyakannya orang Melayu menolak cara ganas komunis. Perjuangan bangsa Melayu untuk mendapatkan kemerdekaan tanpa pertumpahan darah tidak disenangi komunis yang inginkan kuasa politik jatuh ke tangan mereka dengan cara menggunakan keganasan dan menanam rasa takut kepada rakyat amnya.

Perjuangan komunis tidak boleh dianggap sebagai perjuangan untuk kemerdekaan kerana mereka hanya berjuang untuk kepentingan PKM dan bukan untuk kemerdekaan Malaya. Ini terbukti apabila mereka tetap meneruskan taktik ganas mereka walaupun selepas Malaysia mencapai kemerdekaan.


Setelah Melihat daripada kaca mata kemanusiaan,syaz sendiri pun rasa Manuasia Bernama Chin Peng ini harus dihapuskan secara terus dimuka bumi ini.Mengikut sejarah,Chin pernah membawa kesnya ke mahkamah Pulau Pinang supaya menerima semula kepulangannya sama seperti rakan seperjuangannya Musa Ahmad dan Shamsiah Fakeh(baru² ini meninggal dunia).Tapi permohonannya ditolak.


Dia yang kini menetap di Thailand,telah sekali lagi memohon untuk kembali ke Malaysia tetapi mahkamah telah memutuskan rayuannya ditolak pada 30 April lepas.

Maka Jangan kita leka akan adanya usaha-usaha seperti ini,bukan kita gentar akan berlakunya sejarah hitam kepada orang-orang melayu,akan tetapi pancaran sejarah kekejaman itu masih belum dapat kita terima akal untuk melihat apatah lagi untuk memaafkan insan-insan yang tidak berperikemanusiaan ini.

Jangan sekali pun,idealogi komunis ini menerjah keruang minda anak-anak muda kita.Apatah lagi Bibit-bibit memperjuangkannya telah wujud dalam parti DAP itu sendiri.
Maka,Orang islam,melayu harus sedar akan perjuangan-perjuangan pihak


PEMBANGKANG!




No comments: