15 May 2009

Puisi Sivakumar Pada Isterinya

Assalamualaikum.


Hari ni syaz search lah jugak kat Blogger lain.
Antara yang Menarik untuk dikongsi adalah puisi sivakumar kepada isterinya yang dipostkan oleh Husin Lempoyang.Nak Pecah Perut baca.
Nikmatilah Dengan Penuh Puitis.
hahah.adui.

Ini merupakan Puisi Sivakumar kepada isterinya:
Isteriku ,
Jika engkau bumi,
Akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana
Engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh,
Begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi,
Hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta
Bukan hanya bumi,
Malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.

Lalu......
Relakanlah aku menyinari planet lain,
Menyampaikan faedah adanya aku,
Kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan di planet lain...

Dengan
Memendam rasa si Isteri terhadap si Suami yang tak sedar diri,Isteri Lalu Membalas:


Suamiku
Kita andai sajalah kau mentari
Kerana kulit mu sebenarnya hitam legam

Sang surya yang memberi cahaya,
Aku merelakan engkau berikan
Sinaranmu kepada segala planet
Yang telah TUHAN ciptakan
Kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu
Dan....

Aku pun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaranmu...
AKAN TETAPIIIIIIII ...

Bila kau hanya sejengkal lilin yang
Berkekuatan 5 watt sahaja,
Jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun
Belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
Di tengah remang-remang pancaran cahaya mu
Yang telah aku mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...

MATAHARI atau lilin ?
Atau jangan-jangan cuma mancis saja!!!!!


KATENYERR!!!

No comments: