29 May 2009

Cara-cara Nak cover Malu


1. kalau tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknya anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai.. lepas itu baru bangun bila xda orang nampak


2. kalau terjatuh basikal: Cepat-cepat naik basikal anda semula dan terjatuh la lagi sehingga berkali2 supaya orang ingat anda saja2 buat lawak.


3. kalau tejatuh tangga: Terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus.


4. kalau terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah2 dengan suara yang kuat , pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan.


5. kalau jatuh ketika naik bus: Jeritlah kuat2.."oi!!..apa tolak2 ni??" walaupun tiada orang di belakang anda.


6. kalau terjatuh di depan bus stop: Terus buat2 pengsan sehingga ade orang membantu anda..kalau xde..baring terus sampai malam dan xde orang lagi kat bus stop tu.haa..ni la masa yang sesuai untunk bangun semula


7. kalau terjatuh tergelincir kat lantai licin: Tarik la kawan (atau sesiapa yang aede kat sebelah anda) untuk jatuh bersama2 supaya tak la anda sorng je yang dapat malu..ye tak??haha.

Turun-turun kan petua orang-orang tua ni ye puan-puan.
Mencedok dari blog:
epitxoxo.blogspot.com

22 May 2009

Zamry Sah MB Perak!



SLIM RIVER 22 Mei - Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir bersyukur dengan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah.

"Seperti saya selalu sebutkan, sesungguhnya kebenaran akan datang dan kebatilan akan terbenam juga," katanya semasa berucap merasmikan mesyuarat serentak cawangan-cawangan UMNO Bahagian Tanjung Malim di sini hari ini. - Utusan

Mahkamah Rayuan hari ini mengumumkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah.

Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Panel tiga hakim itu - yang telah mendengar hujah kedua-dua pihak di Putrajaya seharian semalam - sebulat suara menerima rayuan Zambry.

Dalam penghakimannya, ketiga-tiga mereka berhujah bahawa hakim mahkamah tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya dan Sultan Perak layak melantik Zambry apabila Mohamad Nizar hilang majoriti dalam DUN.


Panel tiga hakim yang mendengar rayuan tersebut ialah Datuk Md Raus Sharif, Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop.

Nizar diwakili oleh sepasukan lapan peguam yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah, manakala peguam Cecil Abraham mewakili Zambry.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail - sebagai pencelah - turut hadir. Manakala peguam Mohd Hafarizam Harun, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan M Reza Hassan menjadi pemerhati bagi pihak BN.

Pada 11 Mei lalu, mahkamah tinggi mengumumkan Mohamad Nizar sebagai menteri besar sah setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.


Abdul Aziz memutuskan bahawa wakil rakyat PAS itu tidak pernah mengosongkan jawatannya itu kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN Perak.

Dalam kes ini, Abdul Aziz berkata tiada undi tidak percaya telah diusulkan terhadap Mohamad Nizar.

Tetapi kegembiraan menteri besar Pakatan Rakyat itu tidak kekal apabila Mahkamah Rayuan keesokannya membenarkan permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan mahkamah tersebut.


Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan berhubung perkara tersebut hari ini.


Sementara itu, Sulaiman memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.



Chin Peng Kembali!

KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak menentang sekeras-kerasnya saranan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan supaya kerajaan membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng kembali semula negara ini. -MSTAR-


Sudah lama rakyat Malaysia lupa akan wujudnya seorang lelaki yang bernama CHIN PENG.Malah tidak di nafikan, ada juga dikalangan mereka yang tidak pernah kenal sekalipun insan ini terutamanya golongan-golongan remaja kita.Walaupun insan yang masih hidup ini telah sekali pernah
MEROBEK SEJARAH
Malaysia pada suatu ketika itu. Mari kita menyoroti serba sedikit tentang Chin Peng yang kejam ini. Pada tahun 1940, beliau diterima untuk menyertai Parti Komunis Malaya iaitu satu cabang Parti Komunis China di seberang laut. Dia turut menyertai Force 136, satu pasukan bersenjata yang ditubuhkan oleh perisik British bagi menentang Jepun di Tanah Melayu. Ketika itu umurnya baru sahaja 18 tahun

Ketika berumur 23 tahun, Chin Peng dilantik sebagai Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya menggantikan Lai Tek yang telah dibunuhnya di Thailand. Lai Tek adalah perisik tiga mata yang telah belot dan melarikan wang Parti Komunis Malaya .

Di bawah pimpinannya Parti Komunis Malaya semakin agresif dan militan dengan menyerang ladang-ladang, gudang getah, rumah asap dan rumah pengurus milik orang British di Tanah Melayu. Lantaran itu ahli PKM semakin menyanjung keberanian dan wawasan Chin Peng.


Ketika darurat, British dengan kerjasama golongan Melayu elit dengan melancarkan perang saraf iaitu propaganda melalui media massa untuk mempengaruhi fikiran orang-orang Melayu supaya mereka yakin bahawa Parti Komunis Malaya itu kejam dan tidak sesuai diikuti.

Pengalaman orang-orang Melayu selepas Perang Dunia II dan taktik komunis yang membunuh beratus-ratus rakyat yang tidak berdosa menyebabkan kebanyakannya orang Melayu menolak cara ganas komunis. Perjuangan bangsa Melayu untuk mendapatkan kemerdekaan tanpa pertumpahan darah tidak disenangi komunis yang inginkan kuasa politik jatuh ke tangan mereka dengan cara menggunakan keganasan dan menanam rasa takut kepada rakyat amnya.

Perjuangan komunis tidak boleh dianggap sebagai perjuangan untuk kemerdekaan kerana mereka hanya berjuang untuk kepentingan PKM dan bukan untuk kemerdekaan Malaya. Ini terbukti apabila mereka tetap meneruskan taktik ganas mereka walaupun selepas Malaysia mencapai kemerdekaan.


Setelah Melihat daripada kaca mata kemanusiaan,syaz sendiri pun rasa Manuasia Bernama Chin Peng ini harus dihapuskan secara terus dimuka bumi ini.Mengikut sejarah,Chin pernah membawa kesnya ke mahkamah Pulau Pinang supaya menerima semula kepulangannya sama seperti rakan seperjuangannya Musa Ahmad dan Shamsiah Fakeh(baru² ini meninggal dunia).Tapi permohonannya ditolak.


Dia yang kini menetap di Thailand,telah sekali lagi memohon untuk kembali ke Malaysia tetapi mahkamah telah memutuskan rayuannya ditolak pada 30 April lepas.

Maka Jangan kita leka akan adanya usaha-usaha seperti ini,bukan kita gentar akan berlakunya sejarah hitam kepada orang-orang melayu,akan tetapi pancaran sejarah kekejaman itu masih belum dapat kita terima akal untuk melihat apatah lagi untuk memaafkan insan-insan yang tidak berperikemanusiaan ini.

Jangan sekali pun,idealogi komunis ini menerjah keruang minda anak-anak muda kita.Apatah lagi Bibit-bibit memperjuangkannya telah wujud dalam parti DAP itu sendiri.
Maka,Orang islam,melayu harus sedar akan perjuangan-perjuangan pihak


PEMBANGKANG!




18 May 2009

GENTING BEST!

Assalamualaikum


17 Mei 2009
Dapat gak syaz menjejak kaki ke GENTING HIGHLAND buat ke-3 kali nyer.
hahaha.Tapi,Like Always,pergi secara mengejut dan tanpa sebarang persediaan.
Tapi ape² pun,Pengalaman kali ni paling BESH!

Sampai kat sana kul 10 pagi.cuaca pun macam segan je nak jemput kiteorg.
nak hujan x hujan,nak panas pun x panas.Tapi,kali ni syaz naik ke genting mengunakan GENTING SKYWAY CABLECAR.Hanya Rm10 ringgit sekepala yang Puan².hehe.
yelah,Kali ini syaz xlah gigih nak layan belok² naik ke genting tu,Lagi pun,saje jerp nak tgok pemandangan.Lawa oOo.

TIKET SKYWAY CABLECAR UNTUK 2 ORANG.
GAYAT LER!
YEAH.DAH SAMPAI.
SEMPAT DISITU YE!heheh.tangan tetap nak peace gak walaupun teangah mengigil.Inilah yang dipanggil GIGIH X BERTEMPAT!wiwiwi

FOYONYER!
CHECK IN KER?NO KOMEN.WIWIWI

NAK MAEN!
LAWANYER.REHATKAN BADAN DULU,HEHE.NANTI BALAS DENDAM CUKUP².
DAH CUKUP?!JOM!HAHAHAH.

Memang Best sangat hari tu.Rasa mcm xnk balik pun ade.
heheh.Tapi,tak lupa syaz nak ucapkan terima kasih kat siDIA yang sudi jadi teman hidup syaz.


SEKIAN

15 May 2009

Puisi Sivakumar Pada Isterinya

Assalamualaikum.


Hari ni syaz search lah jugak kat Blogger lain.
Antara yang Menarik untuk dikongsi adalah puisi sivakumar kepada isterinya yang dipostkan oleh Husin Lempoyang.Nak Pecah Perut baca.
Nikmatilah Dengan Penuh Puitis.
hahah.adui.

Ini merupakan Puisi Sivakumar kepada isterinya:
Isteriku ,
Jika engkau bumi,
Akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana
Engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh,
Begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi,
Hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta
Bukan hanya bumi,
Malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.

Lalu......
Relakanlah aku menyinari planet lain,
Menyampaikan faedah adanya aku,
Kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan di planet lain...

Dengan
Memendam rasa si Isteri terhadap si Suami yang tak sedar diri,Isteri Lalu Membalas:


Suamiku
Kita andai sajalah kau mentari
Kerana kulit mu sebenarnya hitam legam

Sang surya yang memberi cahaya,
Aku merelakan engkau berikan
Sinaranmu kepada segala planet
Yang telah TUHAN ciptakan
Kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu
Dan....

Aku pun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaranmu...
AKAN TETAPIIIIIIII ...

Bila kau hanya sejengkal lilin yang
Berkekuatan 5 watt sahaja,
Jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun
Belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
Di tengah remang-remang pancaran cahaya mu
Yang telah aku mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...

MATAHARI atau lilin ?
Atau jangan-jangan cuma mancis saja!!!!!


KATENYERR!!!

14 May 2009

Cherating,Sabah & Hari Ibu

Assalamualaikum,




Post kali ini syaz akan ceritakan kenangan-kenangan yang amat manis dan tak mungkin untuk dilupakan sepanjang hidup.Dan Terima kasih kepada dia yang sudi hadir dalam setiap kenangan ini.

1.8 mei 2009-CHRERATING

kisah nya begini:
kawan syaz nak ajak pergi ke pahang,Tapi x bgtau pulak nk pergi mane.Dia kata follow jer dia.
Bergerak dalam pukul 8 pagi dari rumah syaz.NAik kereta syaz,kereta dia x servis lagi katenye.
Syaz ni pulak bukan jenis yang suka bangun awal² pagi buta ni kan.
(mengaku jelah...heheheh).So,syaz bagi lah dia drive.dia pun x mengantuk sebab tidur awal katenye.Jadi kami bergerak lah,kat kereta pun,syaz tidur like² jerp.Niat nak hafal jalan,TAPI HARAM!
Waktu lalu genting sempah,Besar lah hajat syaz ni ingatkan dia bawak pergi Cameron @ Genting kan.Tapi,lalu jer lah simpang tu.KICIWANYER!hahaha.kecewa sampai dia perasan.
PAs2 dia gelak,lalu mengeluarkan statement!
"lain hari la ye"
hahaha.Dalam perjalanan pun,ada la jgak berenti beberapa kali untuk berehat.
Syaz Offer lah jgak kan nak ganti² drive,cian kat dia,,Tapi dia ni
GIGIH ye!

Sepanjang perjalanan Syaz terbangun bila berhenti kat perhentian rehat dan time bayar tol jer.Tol mahal jgak lah,kat genting sempah Rm3+ntah mane=RM5,Kuantan=Rm21.
BARU PERGI!!!HUrm.Xper,yang penting misteri nak kemana xtau lagi.
tup³,Dia kata dah sampai.Lalu kepala ditoleh.
JENG³!
kITA BERCUTI-CUTAH KE CHERATING,KUANTAN.Antara gambar² kenangan ketika di sana:
Sempat yer!

Duduk kat DE CHERATING CHALET.

Chalet kami!
Dan Macam² aktiviti kami bersama.Gambar yang lain tak bolah lah tunjuk yer?!
Terlalu peribadi.hehehe.Anyway,

Terima Kasih Awak!


2.10 mei-Hari mama.
Hari Ibu yang lepas,Syaz dan keluarga tidak terlepas menyambutnya Bersama Keluarga yang tersayang.Bagi syaz,memanglah hari Ibu tu pada setiap hari,tapi adakah setiap hari juga kita melayannya Sebaik Mood hari ibu?hahahah.Yang penting,Jasa ibu tidah kita lupakan.
Sabda Rasullullah:
"Syuga itu terletak dibawah kaki ibu".
Maka,hari ibu lepas,Family syaz Pergilah menyambutnya.






SELAMAT HARI IBU MA!


3.Sabah yang dah buhsan.
Again,demi mengotakan janji,syaz upload sikit gambar time kat sabah.Tapi x banyak sebab pergi sana pun bukan bersuka ria yer!

Ini lah Rumah syaz Nenek syaz kat sabah.

Subuh pada waktu 6 pagi.Caye x?



jalan² kat k.k n tanjung aru!

Kat semenanjung ade ker mcD yang Unique macam ni.
Dan mcm² lagi.x lah buhsan sebenarnya,tapi bagi penduduk sabah,tgok bende 2 jer,naik bohsan lah jowgak!TQ sabah!


Sekian setakat ini.Bye².

08 May 2009

Pensyarah Datang Melawat!

Assalamualaikum....

Hari ini hari terpenting sepanjang syaz berLATIHAN INDUSTRI,dimana Pensyarah syaz datang melawat.
8.00 pagi:
Hari pertama syaz datang awal.heheheh
Dengan pakaian yang agak smart sikit lah.
Dan,yang penting,berNAMe TAG ye!


Tapi,waktu sampi jer,syaz sebernarnya,belom menyiapkan lagi buku laporan.
tinggal nak tampal sedikit sahaja gambar.

Apa² pun,Hari ini berjalan dengan lancar.Di post yang seterusnya,syaz akan letak video yang syaz dah rakam.
best betol hari ni.Anyway,syaz mungkin akan ke Pahang mlm ni selama 2hari.
Doakan syaz Bahagia bersama Dia.
Dan tidak TERLUKA lagi.
hurm.
sikitnya post kali nih.heheh.
nanti syaz post percutian ke sabah dan pahang selepas balik k.

SALAM.

07 May 2009

Laporan Latihan Industri!

Assalamualaikum


Syaz tak dapat bukak komputer kilang hari ni.
Biasa lah,Bos xbagi buat Kerja lakaran tu dulu sebab dia tau kteorg tak siap laporan harian latihan industri lagi.
Buat pengetahuan semua,syaz sekarang berada di semester 4,dimana pelajar perlu menjalani latihan industri di tempat pilihan pelajar sendiri.

Oleh itu,laporan adalah sesuatu yang WAJIB YE!



Buku Laporan Harian

Buku ini perlu diupadate Oleh SETIAP pelajar yang menjalani latihan industri.
anak pengarah ke,anak sultan ke,klu nk lalu sem 4,buku ni mesti terisi.
Dan bukan buku ini mengisi dirinya sendiri.
Nak dijadikkan cerita,
buku ni xpenah lah di updatekan sehingga penghujung april lepas.
makanya!sekarang kelam kabut gile lah!
tekanan Maksima pun melanda.banyak sgt hari yang dah terlepas.
So,9 jam di kilang,9 jam tu juga lah di manfaatkan untuk menyiapkan laporan ini.

Tapi agak buhsan ler!!!!

Naseb baik,waktu Break ada orang jemput n blanja makan.
Jangan Jelas.hehehe
SEKIAN

Time Buhsan².hehe

06 May 2009

Ekonomi Pulih?

Assalamualaikum



hari ni syaz godek² komputer bos kat kilang.Naik busan pun ade.mane xnye.komputer tua.
Tapi,dalam pada itu,wan meneliti keadaan semasa negara kita yang tercinta ini.
apa yang menarik perhatian,
sedar atau tidak kita dalam kegawatan ekonomi yang melanda seluruh dunia kini,
Pakar ekonomi sudah dapat melihat prestasi menaik yang di tunjukan dalam Bursa Saham Malaysia pada waktu ini.
Ini dapat di buktikan,pabila syaz meneliti sendiri perkembangannya.
Ini antara perkembangan positif yang dapat syaz tunjukkan:



sumber dari Bursa Malaysia pada 6 mei 2009


Hari ini sahaja,papan utama menunjukkkan prestasi menaik bila sesi petang ditutup.
Ia menokok 15.09 mata kepada 1023.96.
kali terakhir Bursa melepasi 1000 mata adalah pada akhir disember lepas.

Syaz bukan lah pakar Ekonomi,tapi syaz begitu mengikuti perkembangan aliran dalam Bursa Malaysia.Dan cukup² bimbang akan krisis Ekonomi yang melanda dunia.
Apa yang ditunjukkan dalam aliran,adalah refleksi kepada keadaan semasa yang berlaku dalam negara tersebut.
Alhamdulillah,Krisis politik pada akhir² ini juga mulai suram sejak perlantikkan DS najib.
Bukan syaz tidak mengemari rakyat khususnya para Blogger terlalu taksub akan perkembangan politik di negara ini,tapi,ianya juga menjejaskan ekonomi negara ini jika terus dibiarkan.

Dek kerana terlalu taksub memanaskan isu² politik terbaru,Ekonomi negara kita terjejas.
kita mungkin tidak menyedari akan kesan² paras kejatuhan ekonomi akhir² ini,kerana kita mungkin bukan dari kalangan usahawan².
Yang kita tau mungkin,lingkupnya EMI dan tersungkurnya MAESTRO.
YA!Mereka adalah syarikat² yang menerima bahang² kejatuhan Ekonomi.
Tapi,klu mereka yang daripada syarikat² kecil sudah pun tunduk.apatah lagi syarikat² gergasi?
Syaz akan buat satu post mengenai syarikat² gergasi yang telah hampir terjerumus sekali dalam aliran menurun Ekonomi ini.

Tapi,apa yang syaz impikan,kita sebagai Blogger,dapat juga membantu dalam membaikpulih keadaan Ekonomi sekarang.
Sama² kita doakan.k.
sampai disini sahaja berita ekonomi buat kali ini.
hehehe.Salam

04 May 2009

Kilangku Berinternet!

Minggu ni BEShhh!
Manager i dah pasang streamyx kat komputer tuanya.Hahahah.
syok gle la.
Dan² lah plak wan di beri tugas untuk membuat tugasan mengunakan cimatron(cadcam).lakaran die untuk Produa.
Hurm,Produa pun akan mengeluarkan mpv x lama lagi.
Chop³.Lari tajuk dah ni.wiwiwiwiwi.
yang penting!
wan diberi masa seminggu untuk siapkan benda nih!
walhal,sehari pun boleh siap!Hahahahah.
Abeslah,on9 jelah keje.hahahahah.
Bestnyerrrrr.
sekian.